Sepasang suami isteri dari Mexico mengakui telah diganggu selepas membeli rumah yang digunakan dalam pengambaran filem The Conjuring di Rhode Island, Amerika Syarikat.
Pasangan Cory dan Jennifer Heinzen yang juga merupakan penyelidik paranormal bagaimanapun enggan meninggalkan rumah itu sejak Jun lalu.
“Kami membeli rumah ladang ini meskipun tahu ia memiliki sejarah yang gila. Persekitarannya nyata mempesonakan dan amat tenang, malah siap dengan sungai di bahagian belakang rumah serta sebuah kolam.
“Kami langsung jatuh cinta kepada rumah itu. Selain itu, sejarah keluarga Warrens menguatkan lagi minat kami untuk memiliki kediaman ini,” katanya kepada Sun Journal.
Mereka juga pernah terdengar bunyi suara-suara pelik, hentakan kaki dan ketukan di sekitar rumah selain daun pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya.
“Agak sukar untuk tinggal di rumah itu. Ia kedengaran sangat ‘sibuk’. Kali pertama bermalam seorang diri di situ agak menyeramkan.
“Bohong kalau saya katakan saya tidak gementar, tetapi itulah tujuan utama saya,” tambah Cory.
Sementara itu, Jennifer ingin membuka rumah mereka kepada penggemar paranormal hujung tahun ini.
“Amat menakutkan sebenarnya tinggal di rumah ini kerana banyak perkara yang berlaku, namun ia tetap selesa bagi kami.
“Kami merancang untuk melestarikan sejarah rumah ini sebelum membukanya kepada pengunjung dan penyelidik paranormal hujung tahun ini,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.