Aksi penuh cabaran Belgium menentang Portugal menyaksikan kekalahan Portugal mara ke perlawanan seterusnya.
Jurulatih Portugal, Fernando Santos memaklumkan pemainnya menangis dalam bilik persalinan selepas tewas 0-1 kepada Belgium dalam aksi 16 terbaik saingan Euro 2020 awal pagi tadi.
Kemenangan Belgium diraih jaringan Thorgan Hazardyang sekaligus menyingkirkan pasukan Portugal dibarisi pemain terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo. Belgium dijadual bertemu Itali dalam saingan suku akhir pada Jumaat ini.
“Saya fikir, ia satu keputusan yang tidak adil tetapi mereka menjaringkan gol dan kami tidak.
“Mereka meraih enam percubaan dan satu tepat di sasaran. Kami mempunyai 29 dan tidak menjaringkan walaupun satu gol.
“Kami bangkit dan memikirkan untuk cuba mengatasinya. Pemain saya sudah mencuba yang terbaik tetapi bola tidak melepasi gawang, itu adalah bola sepak,” kata Santos.
Tambahnya, Ronaldo dikawal ketat barisan berpengalaman Belgium, melakukan percubaan menerusi sepakan percuma pada babak pertama namun berjaya ditepis Thibaut Courtois.
Jaringan itu membuat penyerang Juventus itu pulang dengan rekod lima jaringan dalam kejohanan itu dan tanpa memecahkan rekod jaringan antarabangsa sepanjang zaman.
Namun, Ronaldo masih kekal menyamai 109 gol bersama legenda Iran, Ali Daei.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.