Seorang bekas tentera pasti akan menantikan bulan kebangsaan setiap tahun untuk menghias rumahnya dengan bendera terbuang yang dikutip di sekitar Tanah Merah.
Bagi menzahirkan semangat patriotik, Muhammad Nasir Mustapha mengakui dia akan mengutip bendera yang dibuang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana dan membawa balik ke rumah untuk dibersihkan sejak tahun 1998 lagi.
Mesra disapa Pok Sir Bendera, dia banyak menerima pelbagai sindiran daripada masyarakat akibat perbuatannya itu yang suka mengutip Jalur Gemilang yang dibuang di tepi jalan tetapi dia mengabaikannya bagi selami itu semangat cintakan tanah air.
Berusia 62 tahun, Pok Sir Bendera menyifatkan tabiatnya itu boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk menghargai bendera Jalur Gemilang.
Susulan itu, setiap kali menjelang Hari Kebangsaan pelbagai cara dan ekspresi yang dipamerkannya ketika menghias Jalur Gemilang.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.