Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Alami Tekanan Emosi Melampau Seumur Hidup, Bayi Pada Gambar Album Nirvana Tuntut Ganti Rugi RM630,000

Spencer Elden mendakwa ibu bapanya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk penggunaan gambar tersebut.
Muhammad Izwan Zainal
27 Aug 2021, 02:50 PM

Spencer Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.

Menurut laporan BBC, gambar yang digunakan oleh Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya.

alami tekanan emosi melampau seumur hidup, bayi pada gambar album nirvana tuntut ganti rugi rm630,000

Elden membuat untutan tersebut atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

Dia juga mendedahkan ibu bapanya juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk menggunakan gambarnya pada album itu.

Difahamkan, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS).

alami tekanan emosi melampau seumur hidup, bayi pada gambar album nirvana tuntut ganti rugi rm630,000

Peguam Elden, Robert Y. Lewis, berpendapat gambar kepingan dolar AS dalam gambar itu memaparkan bayi itu kelihatan seperti buruh

Mengikut kes undang-undang, Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat tetapi perjanjian itu tidak disahkan.

Lelaki berusia 30 tahun ini mengakui identiti sebenarnya dan namanya sering kali melibatkan eksploitasi seksual komersial yang dihadapi sebagai anak di bawah umur.

alami tekanan emosi melampau seumur hidup, bayi pada gambar album nirvana tuntut ganti rugi rm630,000

Tambahnya, dia mengalami tekanan seumur hidup dan tekanan emosi melampau akibat hasil karya album iitu sehingga mengganggu tumbesaran dan kemajuan pendidikannya serta memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.

Susulan itu, dia menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM630,000) daripada setiap seorang 15 defendan yang turut melibatkan anggota band yang masih hidup Dave Grohl dan Krist Novoselic, pengurus harta tanah Kurt Cobain, bekas isteri Cobain Courtney Love dan jurugambar Kirk Weddle.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}