Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

8.6 Juta Penerima Bakal Terima Bayaran BKM Fasa 1 Mulai 28 Mac Ini, Ringankan Beban Kewangan Rakyat Menjelang Ramadan

Dah semak status?
Muhammad Izwan Zainal
21 Mar 2022, 01:43 PM

Berita gembira buat rakyat Malaysia, pembayaran fasa satu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bernilai hampir RM2 bilion akan diagihkan secara berperingkat mulai 28 Mac ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pembayaran BKM itu membabitkan 8.6 juta penerima.

8.6 juta penerima bakal terima bayaran bkm fasa 1 mulai 28 mac ini, ringankan beban kewangan rakyat menjelang ramadan

Malah, sebanyak RM100 hingga RM300 bayaran akan diterima penerima BKM berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

“Pembayaran BKM ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut Ramadan 1443 Hijrah,” katanya.

Tambahnya, penerima BKM untuk isi rumah, warga emas dan individu bujang dibayar pada 28 Mac hingga 8 April ini yang akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

8.6 juta penerima bakal terima bayaran bkm fasa 1 mulai 28 mac ini, ringankan beban kewangan rakyat menjelang ramadan

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, tarikh pembayaran pada 30 Mac ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa akan dikeluarkan BSN untuk kategori itu.

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei tahun ini untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}