Seorang warga emas dari Kangar, Perlis terpaksa memberi upah kepada kanak-kanak yang sanggup memimpin tangannya hingga ke tingkat 11 di Flat Pangsapuri Seri Sena kerana lif rosak.
Ng See Som, 78, yang juga merupakan bekas guru kini tinggal seorang diri di flat berkenaan.
Menurut Ng, bayaran sebanyak RM3 diberikan kepada kanak-kanak berkenaan setiap kali dia menggunakan khidmat tersebut.
"Keadaan usia saya yang sebegini menghalang saya untuk menggunakan tangga seorang diri kerana sangat bahaya.
"Saya berharap pihak berkuasa menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi memastikan perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seri Sena, Jasni Abdul Hamid berkata kejadian lif rosak itu sering berlaku dan laporan sudahpun dibuat kepada pihak berwajib.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.