Semua orang mahukan majlis perkahwinan mereka yang sempurna kan? Begitu juga pada pasangan Shine Tamayo, 26, dan suaminya Jhon Chen, 40, yang telah membayar sebanyak 140,000 pesos (kira-kira RM11,000) kepada wedding planner mereka, namun apa yang diterima amat menyedihkan.
Majlis perkahwinan mereka yang telah diadakan pada 3 Disember lalu di Filipina, nyata suram apabila tiada pun makanan dihidangkan walaupun mereka telah membayar sepenuhnya wang kepada wedding planner mereka.
Untuk mengelakkan malu kepada tetamu, ahli keluarga pengantin terpaksa membeli makanan di restoran yang berdekatan sebagai ganti.
Tak cukup dengan itu, kek yang telah dihantar oleh wedding planner mereka dimajlis perkahwinan tersebut juga indah khabar dari rupa apabila ia dibuat menggunakan kabus polistrin!
Tamayo dan Chen telah membuat laporan polis kerana merasakan ditipu oleh wedding planner berkenaan.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.