Baru-baru ini, tular video aksi lucu seorang kanak-kanak merayu, menangis, meminta maaf ketika ditahan oleh anggota polis trafik semasa menunggang motosikal.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Eris Riswandi itu mungkin dianggap biasa oleh masyarakat tetapi aksi mereka merayu dan meminta anggota itu tidak menahannya dan tidak membawa motosikal ke balai polis membuatkan ramai terhibur.
Selepas video berkenaan tular, Balai Polis Lombok Timur telah menghadiahkan kanak-kanak itu sebuah basikal bagi menggantikan motosikal kerana ia lebih selamat.
Tindakan anggota itu juga mendapat pujian dari netizen.
Sumber: Facebook Eris Riswandi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.