Satu prosedur perubatan menakjubkan telah diadakan di Amerika Syarikat, dimana bayi dalam kandungan telah dikeluarkan untuk dirawat, seterusnya dimasukkan kembali kedalam kandungan.
Bayi yang dikandung oleh Bethan Simpson pada mulanya menunjukkan masalah spina bifida ketika usia kandungan 20 minggu. Bethan dan suami diberi pilihan sama ada terpaksa menamatkan kandungan, atau menjalani pembedahan.
Bethan dijangka melahirkan bayinya pada April dan ketika usia kandungannya 24 minggu, beliau dihantar kepada pakar dari Hospital University College Great Ormond Street di London.
Pembedahan oleh sekumpulan pakar bedah dari Hospital University College London dan Belgium ini melibatkan pemindahan bayi dari rahim Bethan dan membaiki saraf tunjangnya. Bayi kemudiannya diletakkan semula dalam rahim Bethan untuk dia meneruskan kehamilan.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.