Kelab bolasepak Barcelona, dilaporkan menerusi laman rasminya akan menukar logo mereka untuk sepakmula musim 2019/2020.
Untuk logo baru ini, sedikit perubahan dilakukan dengan membuang perkataan FCB dan menggunakan warna yang lebih terang dan harmoni.
Garisan hitam pada bahagian dalam logo juga dilihat telah dibuang untuk logo baru ini.
Cadangan untuk menukarkan logo ini telah disahkan oleh lembaga pengarah kelab dan akan dibawa ke Delegate Assembly pada 20 Oktober ini untuk dirasmikan.
Kali terakhir Barcelona menukarkan logo mereka adalah pada tahun 2002.
Sumber: Goal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.