Ikan kelisa atau ikan arowana merupakan spesis ikan yang sering menjadi buruan peminat ikan hiasan dengan harganya boleh mencecah kepada ribuan ringgit.
Namun ikan hiasan ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana jika diabaikan ia boleh menyebabkan ikan itu jatuh sakit dan mati.
Bagaimanapun, tular kisah mengenai ikan arowana milik seorang pemuda yang digoreng bapanya gara-gara malas untuk menguruskan ikan berkenaan.
Kejadian yang berlaku di Sukaharjo, Indonesia ini menyebabkan lelaki berkenaan berputih mata selepas ikan arowana emas yang menjadi kesayanganya sejak empat tahun lalu rupanya telah digoreng oleh bapa sendiri secara senyap-senyap.
Pemuda berkenaan pada awalnya menyangka ikan berkenaan dicuri selepas meletakkan ikan berkenaan dalam akuarium dirumah bapanya.
Bagaimanapun, adik lelaki berkenaan mendedahkan bahawa ikan arowana berkenaan sebenarnya telah digoreng oleh bapa kerana malas mahu menjaganya lagi.
Sumber: Tribun News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.