Perasan tak, setiap kali kita beli barang seperti kasut dan barangan elektrik, akan disertakan satu paket bebola kecil jernih secara percuma, dikenali juga sebagai gel silica.
Meskipun ia nampak kecil, namun banyak kegunaannya yang boleh dipraktikkan, khasnya ketika di rumah.
1. Kekalkan warna berkilat barangan kemas
Letak gel silica dalam kotak barangan kemas supaya aksesori ini akan sentiasa bekilat. Gel silica akan menyerap udara lembap dalam bekas yang boleh menyebabkan barang kemas menjadi pudar.
2. Letak dalam kotak kasut supaya tidak berbau
Gel silica yang diletakkan dalam kotak kasut, khasnya kasut sukan akan menyerap kelembapan dan peluh yang menyebabkan kasut berbau busuk.
3. Masukkan gel silica dalam kotak gambar lama
Gel silica boleh melindungi gambar lama dalam kotak album supaya gambar tidak rosak, berkulat dan juga melekat pada plastik album.
4. Simpan bersama dokumen penting
Dokumen seperti sijil beranak, bil dan lain-lain dokumen penting boleh dipelihara dengan menggunakan gel silica. Letakkan gel dalam beg yang mengandungi dokumen-dokumen ini.
5. Berguna jika telefon bimbit dimasuki air
Lap permukaan telefon dan masukkan ia dalam plastik kedap udara bersama-sama gel silica. Biarkan 5 hingga 6 hari hingga betul-betul kering.
6. Letakkan gel silica bersama baju
Kehadiran gel silica dalam almari baju boleh mengekalkan kualiti baju supaya ia tahan lama dan tidak berbau.
7. Elakkan pisau cukur daripada berkarat
Biasanya pisau pencukur yang diletakkan dalam bilik air akan mudah terkarat disebabkan udara lembap. Nak tahan lama, simpan pisau pencukur dalam beg kedap udara bersama gel silica supaya ia kekal kering.
8. Gel silica pastikan bilik tidur tak berbau
Gunakan gel silica untuk mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dari dalam bilik. Hasilnya, udara segar berpanjangan boleh terhasil, lagi-lagi kalau ada pewangi dalam bilik.
Gel silica yang sudah digunakan, boleh dikeringkan untuk digunakan kembali.
Selamat mencuba!
Sumber: Times of India
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.