Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Bantuan Khas RM1,000 Kepada 213 Mangsa Tragedi LRT Bertembung

Semua mangsa diberi bantuan tidak kira tahap kecederaan yang dialami.
Muhammad Izwan Zainal
25 May 2021, 01:24 PM

Susulan nahas pertembungan LRT malam tadi, Prasarana Malaysia Bhd akan memberi bantuan khas berjumlah RM1,000 setiap seorang bagi semua 213 mangsa yang terlibat.

bantuan khas rm1,000 kepada 213 mangsa tragedi lrt bertembung

Menurut Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bantuan itu akan diberikan kepada semua individu tanpa mengira tahap kecederaan yang dialami.

“Selain itu, kita juga akan memberi bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital termasuk menanggung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya, sejak mula masuk hingga pulih semula.

“InsyaAllah, kita akan memberi sokongan perubatan kepada semua mereka, iaitu seramai 64 orang," katanya.

bantuan khas rm1,000 kepada 213 mangsa tragedi lrt bertembung

Namun, jumlah bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital adalah bergantung kepada setiap kes.

Beliau juga menekankan bahawa pihak Prasarana juga akan memberi bantuan kepada mereka yang hilang pendapatan disebabkan oleh kemalangan itu.

bantuan khas rm1,000 kepada 213 mangsa tragedi lrt bertembung

“Kami sangat prihatin kepada nasib keluarga mereka, yang ramai anak dan sebagainya.

“Jadi kita akan bantu kelangsungan hidup sehingga dia boleh kerja seperti biasa,” ujarnya.

Lebih 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya pada pukul 8.45 malam tadi.

Nahas berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, melibatkan satu tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}