Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

[VIDEO] Kejadian ‘Banjir Merah’ Cetus Tanda Tanya Penduduk Kampung

Banjir yang dipenuhi dengan limpahan air berwarna merah itu berpunca dari kilang tekstil yang ditenggelami banjir.
Muhammad Izwan Zainal
01 Oct 2021, 01:17 PM

Baru-baru ini, kejadian ‘banjir merah’ gemparkan penduduk di Kampung Seri Jaya Baru, Tampoi pada Khamis lalu dan Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Johor mendapati punca ‘fenomena’ itu disebabkan pewarna pakaian dari sebuah kilang tekstil yang telah ditutup sejak 20 tahun lalu.

kejadian ‘banjir merah’ cetus tanda tanya penduduk kampung

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff memaklumkan anggota JAS menyiasat kejadian berkenaan setelah mendapat aduan daripada penduduk kampung.

“Hasil siasatan mendapati punca banjir kilat di Kampung Seri Jaya Baru yang berwarna merah itu daripada sebuah kilang tekstil yang terletak kurang satu kilometer dari kampung itu yang tidak beroperasi sejak tahun 2000.

kejadian ‘banjir merah’ cetus tanda tanya penduduk kampung

“Namun hujan lebat sejak awal pagi Khamis menyebabkan dua bungkusan pewarna tekstil yang disimpan di kawasan tidak berbumbung telah pecah sebelum air banjir mengalirkannya ke kawasan kampung,” katanya.

Tambahnya, Notis Arahan Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan supaya penjaga segera melupuskan baki pewarna tekstil itu dalam tempoh 14 hari untuk pelupusan akhir di Stesen Kualiti Alam, di Bukit Nenas, Negeri Sembilan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik akan diheret ke mahkamah.

“Sampel air banjir merah itu juga sudah diuji di mana ia mengandungi kepekatan nilai pH 6 iaitu hampir neutral dengan kesan toksik tidak terlalu tinggi seterusnya tidak berbahaya kepada penduduk,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}