Seorang bapa nyaris kehilangan anak perempuannya apabila susu yang dibancuh dicampur dengan serbuk racun lipas.
Menurut China News Service , kejadian yang berlaku di Hubei, wilayah tengah China melaporkan, bapa kepada anak perempuan berusia setahun itu tidak sengaja membancuh susu menggunakan serbuk racun kerana beranggapan ia adalah serbuk kalsium.
Zhou, 28, mengaku kesilapannya akibat tergesa-gesa membuat susu anaknya selepas bangun dari tidur.
Beliau segera mendapatkan rawatan kecemasan selepas kejadian dan mujur anak perempuannya itu menunjukkan kesan positif selepas rawatan rapi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.