Sedang dunia masih kecoh mengenai wabak coronavirus, lain pula kekecohan yang berlaku di Bali, Indonesia.
Memetik laporan dari Awani, lebih 1,000 ekor khinzir mati secara misteri dikawasan ini dan punca penyakit masih belum dikenal pasti.
Namun menurut pihak berkuasa tempatan, ternakan itu mati mungkin disebabkan penularan Demam Babi Afrika (ASF).
Tambah lagi, sekurang-kurangnya 888 ekor khinzir dilaporkan mati akibat wabak misteri itu dalam tempoh dua bulan lalu.
Sebanyak tujuh daerah yang terkesan dengan wabak misteri itu dengan daerah Bandung mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 598 kematian babi, diikuti Tabanan (219), Denpasar (45), Gianyar (24), Bangli (1) dan Karangasem (1).
Menurut ketua Pusat Penyelidikan Veterinar Denpasar, Wayan Masa Tenaya berkata, hanya ada tiga penyakit yang biasa dikaitkan dengan haiwan ternakan iaitu septikemia epizootica, babi kolera dan streptococcus suis.
Tambahnya lagi, walaupun ada babi yang sudah divaksin, ia juga terkesan akibat penularan wabak itu.
Setakat ini masih belum ada keputusan makmal diperolehi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.