Anggaplah pertambahan kos sara hidup sebagai cabaran untuk kita cari 'lubang' untuk menambah pendapatan. Usah terlalu bergantung kepada pendapatan sedia ada, mulakan langkah pertama untuk menjana pendapatan tambahan tanpa menjejaskan pendapatan utama.
Ramai yang telah mengambil tindakan bijak, mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan taraf hidup. Buktinya ramai yang menghadiri lokasi ke-4 kempen #YouCanDuit untuk tahun 2017 yang diadakan di Pulau Pinang pada 29 dan 30 Julai yang lalu. Lihat sahaja kemeriahan acara yang berlangsung di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang ini.
Apa Yang Best Tentang #YouCanDuit ni?
#1 Kehadiran mentor selebriti seperti Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Mak Cun yang berkongsi cara untuk kita tambah pendapatan melalui eRezeki dan eUsahawan.
#2 Tenaga pengajar profesional yang memberi bimbingan secara teori dan latihan fizikal menggunakan medium digital.
#3 Korang boleh dapatkan khidmat bimbingan daripada rakan kerjasama seperti KWSP, MARA, SME Corp dan MARDI.
#4 Selain mencari ruang dan peluang, #YouCanDuit juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk cabutan bertuah dan maskot Didi & Friends dan Upin & Ipin.
#5 Paling penting, korang dapat belajar tentang eRezeki & eUsahawan di program ini. Ilmu ini cukup berguna untuk korang memulakan misi menjana pendapatan sampingan dengan medium digital.
Apa tunggu lagi, jom serbu Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis pada 24 - 27 Ogos ini mulai jam 9 pagi hingga 6 petang bersempena dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2017.
Jadi apa tunggu lagi, kempen #YOUCANDUIT terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mencari pendapat tambahan!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.