Seorang lelaki dari United Kingdom, lumpuh dan koma seluruh badan selepas menikmati semangkuk kari ayam.
David Braham, 40, menikmati kari ayam dari sebuah kafe sebelum mencetuskan sindrim Guillia-Barré, iaitu sejenis sindrom yang menyerang sel-sel sihat dan sistem saraf penting dalam badan.
Beliau dikejarkan ke hospital dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. Menurut laporan, David disahkan mengalami keracunan makanan campylobacter yang mencetuskan sindrom tersebut.
“Saya merasakan semuanya baik-baik sahaja sehinggalah saya menikmati kari ayam. Hanya makanan biasa dan saya yakin itu adalah puncanya”, kata David.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.