Masalah jerebu yang masih melanda negara kita buat masa ini dilihat tidak banyak berubah dengan 36 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Sehingga jam 11 pagi 23 September, hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan IPU melebihi 101 dan hanya 1 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan 118 iaitu di Sri Aman.
Johan Setia, Selangor juga mencatatkan bacaan IPU pada paras sangat tidak sihat (214) setakat jam 11 pagi tadi.
Negara jiran, Indonesia pula mencatatkan bacaan IPU pada paras 527 di Palembang dan 484 di Sampit, 395 (Pekanbaru) dan 448 (Jabungtimur).
Dalam perkembangan lain, hujung minggu lalu, kawasan Muaro Jambi dikejutkan dengan fenomena langit merah yang terjadi akibat daripada jerebu dan pembakaran terbuka.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.