Seorang insan yang tular membantu mangsa banjir yang terkesan dengan memindahkan mereka menggunakan bot miliknya menerima penghargaan.
Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ meluahkan rasa syukur apabila menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berbesar hati memberikan penghargaan itu kepada wira tak didendang ini.
Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed mengetuai dengan menyampaikan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya kepada Azwan terhadap keprihatinannya membantu mangsa banjir.
Azwan juga berkongsi pengalaman dan momen mendapat penghargaan itu di laman TikToknya.
“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua. Saya telah menerima penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” katanya.
Rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buatnya yang mendapat penghargaan itu.
Terdahulu, Azwan menjadi perhatian ramai kerana sanggup datang dari Melaka dengan berbekalkan RM50 bagi membantu mangsa banjir di Shah Alam.
Sumber: Kosmo Online / Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.