Selebriti antarabangsa kini dilihat menjadikan 'party drip' iaitu memasang beg IV drip secara sendiri dari rumah, sebagai salah satu trend masa kini.
Namun seorang doktor dari England National Health Services, Profesor Stephen Powis memberi amaran bahawa tindakan ini adalah sangat merbahaya dan tiada kajian perubatan yang mengesahkan bahawa tindakan ini adalah baik atau sebaliknya.
Bermula dengan harga serendah 75 euro atau lebih kurang RM343, beg IV drip yang boleh dibeli secara atas talian ini mengandungi garam mineral, vitamin, ubat anti-loya yang dimasukkan secara terus kedalam salur darah melalui tiub.
Prof. Stephen juga menambah, antara kesan sampingan daripada pengambilan IV drip ini adalah kerosakan hati, toksik dalam badan dan juga kematian.
Antara selebriti yang pernah mempromosikan IV drip ini adalah seperti Kendall Jenner, Hammasa Kohistani, Chirssy Teigen, dan juga Rihanna.
Sila semak terlebih dahulu dengan pakar perubatan tentang segala ubat atau teknik perubatan yang anda ambil.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.