Filem Avengers: Endgame yang dikatakan mempunyai durasi sehingga 3 jam 4 minit, dilaporkan mungkin akan mempunyai ‘masa rehat’ atau iklan ditengah-tengah filem berkenaan.
Dipetik dari Screen Rant, ‘masa rehat’ yang diperkenalkan dalam filem yang ditayangkan dipawagam bukanlah sesuatu yang baru kerana pendekatan yang sama juga pernah digunakan dalam beberapa filem terdahulu, seperti filem Gone with the Wind dan 2001: A Space Odyssey .
Waktu rehat yang diperkenalkan ini tidak lain bertujuan bagi memberikan penonton masa untuk makan, minum, ke tandas dan lain-lain, sebelum menikmati sambungannya selepas tamat waktu rehat tersebut.
Menurut tweet daripada Alan Cerny, khabar angin mengatakan bahawa Marvel Studios kini dalam perancangan untuk memperkenalkan ‘intermission break’ atau waktu rehat ini pada Avengers: Endgame dan ia mendapat komen balas yang berbeza.
Avangers: Endgame akan ditayangkan diseluruh dunia pada 26 April 2019.
Sumber: Screen Rant
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.