Seorang warga emas dilihat masih kekal bertenaga menjadi nelayan di Australia biarpun usianya sudah mencecah hampir 100 tahun.
Mesra disapa Santos, dia masih setia menangkap ikan bersama seorang anak lelakinya, Robert yang berusia 71 tahun di Teluk Broken, utara Sydney.
Rutin hariannya kini hanya turun ke laut untuk dua malam setiap minggu dengan menggunakan sebuah bot untuk menangkap ikan.
Menurut Jabatan Industri Utama - Perikanan, New South Wales (NSWDPIFisheries), warga emas itu akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang 101 pada bulan depan.
Perwatakan ceria dan sopan-santun terhadap pegawai perikanan dan orang ramai menyebabkan Santos dikenali ramai akan celotehnya.
Menerusi perkongsian di laman Facebook NSW DPI Fisheries, ramai warganet memuji sikap dua beranak ini yang sangat meminati akan kerjaya mereka untuk menangkap ikan.
“Itu menakjubkan! Mesti ada sesuatu di dalam air yang menyebabkan mereka mempunyai hati seperti orang muda,” komen seorang warganet.
Biarpun sudah berusia, warga emas ini mahu meneruskan minat mereka selagi kudrat masih kuat dan mahu memberikan inspirasi kepada anak muda yang baru berkecimpung dalam bidang ini.
Sumber: NSW DPI Fisheries
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.