Acara 3 meter papan anjal wanita yang berlangsung pada Ahad pasti membuat ramai orang jatuh hati apabila melihat atlet terjun Britain sedang mengait sambil menyokong rakan seperjuangannya.
Ketika atlet terjun seperti Dhabitah sedang beraksi untuk terjunan 3 meter papan anjal dan mengumpul mata keseluruhan, Tom Daley dilihat santai mengait di tempat duduk penonton.
Jurukamera merakamkan atlet berusia 27 tahun itu yang sedang melakukan aktiviti mengait untuk dijadikan baju dan skaf dengan menggunakan benang berwarna merah jambu dan krim.
Untuk pengetahuan, Tom Daley memang suka mengait dan dia telah mengait beg kecil untuk pingat emas pertamanya yang telah dimenangi menerusi acara platform 10 meter seirama lelaki.
Rata-rata warganet yang menonton acara itu juga beralih pandangan kepada Tom Daley yang sedang fokus mengait ketika siaran langsung itu ke udara di seluruh dunia.
“Cuba tengok tu Tom Daley tengah kait relaks jer,” komen seorang pengguna Twitter.
“Selamba jer dia kait baju tu patutlah dia kata ini hobi yang dia selalu buat,” kata seorang warganet.
Menurut perkongsian Team Malaysia, Tom Daley juga pernah mengait sendiri cardigan untuk dihadiahkan kepada penerjun negara, Cheong Jun Hong.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.