Jawatankuasa Olimpik Tokyo 2020 memberi kebenaran kepada atlet untuk mengambil gambar mereka di podium tanpa memakai pelitup muka untuk tempoh 30 saat dengan mematuhi penjarakan fizikal dan bergambar berkumpulan dengan memakai pelitup muka.
Menurut Xinhua, tindakan itu dirujuk Tokyo 2020 Playbooks dan nasihat saintifik dan mereka mengambil keputusan untuk membolehkan atlet merakamkan detik kejayaan dengan menampakkan riak dan emosi pada wajah.
Protokol baharu itu akan dilaksanakan mulai 25 Julai di semua gelanggang untuk tempoh beberapa hari.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.