Nama An Najwa memang tidak asing lagi dengan acara bola jaring selepas beliau dan pasukannya berjaya menang pingat emas di Sukan Sea KL 2018 yang lalu.
Menerusi Instagram beliau, An Najwa baru-baru ini ada berkongsikan tips untuk kurus dan ditujukan khas kepada mereka yang mempunyai azam sedemikian tetapi liat untuk memulakannya.
Transformation Sunday 💙
•
Kalau nak tanya senang ke tak, memang jawapan nya tak ada benda dalam dunia ni senang. Nak makan pun susah, kena ambik pinggan, cedok nasi, basuh tangan baru suap ke mulut 😂 Tapi apa yang buat kita capai target kita? Disiplin, disiplin and disiplin. Tak ada disiplin, memang semua benda buat tak dan.. 🤭
•
Awak yang nak turun berat badan dari awal tahun 2018 sampai ke sekarang tak turun2 berat tu, bila nak start? Ni nak bisik sikit bila waktu yang sesuai nak start diet and workout awak tu.. *SEKARANG* 🤫 Sekarang adalah waktu yang sesuai awak mula untuk capai target nak kurus tu sebab kalau tak mula SEKARANG, sampai ke sudah tak mula2. So sekarang jangan fikir lagi bila nak start, bila masa yang sesuai nak start. Start SEKARANG 💪🏼😊
•
Tag kawan korang yang asyik tunda misi “nak kurus” tu 🤣
Menerusi ruang komen, ramai yang terasa ‘terpukul’ dengan kata-kata atlet itu seterusnya membuatkan mereka rasa semangat untuk memulakan diet.
Siapa lagi yang ada azam 2018 untuk kurus?
Sumber: Instagram An Najwa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.