Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan 'asteroid pembunuh' yang bakal berselisih dengan bumi pada Sabtu, 15 Februari, sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).
Asteroid yang mempunyai saiz lebih besar daripada Burj Khalifa itu dilaporkan akan berselisih dengan bumi sekitar jam 7.05 pagi esok waktu Malaysia.
Asteroid itu bersaiz 990 meter, bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam dengan jarak paling hampir dari bumi sejauh 15 kali jarak bumi dengan bulan.
Bagaimanapun menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi pada jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi, dimana pergerakkan itu tidak akan menyentuh bumi.
"Tiada bahaya," kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Pertembungan asteroid seterusnya dijangka berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 selepas asteroid Apophas bersaiz 300 meter menghampiri bumi, namun ia tidak menghentam bumi seterusnya menyebabkan kemusnahan.
Sumber: AWANI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.