NASA telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa satu ketul batu asteroid yang dilabel sebagai JF1 akan mengentam bumi pada 6 Mei 2022.
Batu yang mempunyai saiz 420 kaki, atau kira-kira 100 meter juga dilaporkan akan menghentam bumi pada daya 230 kilotonne, bersamaan 230,000 tan bom peledak TNT.
Apa yang lebih menakutkan adalah kesan daripada hentaman ini adalah dikatakan 15 kali lebih besar daripada letupan di Hiroshima pada tahun 1945. Ini sekaligus boleh menyebabkan jutaan nyawa hilang jika ia menghentam bandar yang mempunyai ramai penduduk.
Tambah lagi, jika hentaman itu mengenai lautan, ia boleh mengakibatkan ombak seperti Tsunami terjadi yang mana sekaligus memberi kesan kepada hidupan dibumi.
Walaubagaimana pun, ini hanyalah satu jangkaan oleh NASA pada kemungkinan 0.026% menghentam bumi dan 99% ia tersasar.
Penyelidik dan jurutera di Eropah dan Amerika Syarikat kini sedang proses untuk mengalihkan pergerakkan asteroid tersebut dengan membina sistem pertahanan dan perlindungan bumi. Ia dikenali sebagai Asteroid Impact Deflection Assessment (AIDA).
Terdahulu, asteroid sebesar saiz piramid Giza juga dijangka menghampiri bumi pada 28 Ogos lalu, namun ia hanya melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer per saat.
Sumber: Express UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.