Sebuah asteroid sebesar saiz Piramid Besar Giza dijangka menghampiri bumi pada 28 Ogos depan pada jarak hanya 0.00686 unit astronomi atau lebih sejuta kilometer.
Menurut saintis di Makmal Propulsi Jet NASA (JPL), batu angkasa yang digelar 2019 OU1 mempunyai saiz kira-kira 150 meter lebar dan melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer per saat.
"Asteroid Berpotensi Bahaya (PHAs) dalam kelas Apollo (kelompok dekat dengan bumi) yang dianggarkan berukuran kira-kira 150 meter lebar dan melintasi bumi pada kelajuan 13 kilometer per saat," ujar JPL dalam satu kenyataan.
Terdahulu, sebuah lagi asteroid yang digelar 2019 OK dengan diameter 219 meter juga dikesan dan ia boleh menyebabkan kerosakkan ke atas bandar dengan jarak yang lebih dekat berbanding kedudukan bulan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.