Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) membuat pengesahan sebuah asteroid bersaiz 137 meter (m) dijangka akan menghampiri orbit Bumi pada Jumaat ini.
Asteroid yang digelar 2021RE itu sedang dipantau pihak NASA dan dijangka akan melintasi bumi pada jarak 5.47 juta kilometer (km).
Sebagai perbandingan, jarak dari bulan ke Bumi adalah sejauh 384,400 km.
Lekuk yang besar akan terbentuk jika ia melanggar bumi, NASA juga mengesan kelajuan 2021RE akan bergerak pada kelajuan 30,000 meter sejam.
Namun, NASA juga memaklumkan ada beberapa objek bersaiz antara sebuah rumah dan sebuah pesawat juga bakal menghampiri bumi dalam jarak yang selamat.
Untuk rekod, NASA ada mendedahkan satu kajian baharu yang meningkatkan kemungkinan bahawa sebuah asteroid digelar Bennu yang memiliki lebar 536 m akan melanggar Bumi antara sekarang hingga tahun 2300.
Bennu merupakan salah satu daripada dua asteroid paling berbahaya yang ditemui dalam sistem solar.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.