Beberapa hari lalu, kerajaan China mengesahkan akan membakar mayat akibat koronavirus, bertujuan bagi mengelakkan ia daripada terus merebak.
Baca: China Terus Bakar Mayat Yang Meninggal Akibat Wabak Coronavirus
Menerusi beberapa klip rakaman menunjukkan asap mula memenuhi ruang udara di Wuhan, mungkin menunjukkan bahawa mereka sudah mula menjalankan proses pembakaran.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melalui kerajaan China juga secara rasmi telah mengharamkan acara pengebumian dan acara-acara lain untuk disertai oleh ahli keluarga mahupun sahabat yang berasal dari Wuhan, China.
Walaubagaimana pun, Wuhan yang sama seperti beberapa bandar lain di China, adalah tinggi kadar pencemaran dan masih tiada bukti menunjukkan asap berkenaan ada kena mengena dengan pembakaran mayat mahupun sebaliknya.
Hasil semakan indeks kualiti udara juga menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu pada 182 AQI ketika ini dan dalam masa perintah kuarantin masih lagi dijalankan.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.