Seekor arnab berusia 8 tahun yang diberikan nama Coco, mempunyai kehidupan yang mungkin berbeza dengan arnab-arnab lain kerana ia sering mendapat layanan yang sangat istimewa.
Mana tidaknya, arnab ini pernah menaiki pesawat kelas bisnes yang ditempah khas oleh pemiliknya yang juga merupakan CEO sebuah syarikat di Jepun.
Pemiliknya, Ogawa Takako berkata selepas berhenti daripada syarikat Google di San Francisco, beliau tidak sanggup untuk meninggalkan arnab tersebut disana.
Disebabkan itu, beliau membawa Coco pulang bersamanya ke Jepun dengan menaiki pesawat dengan tempoh 11 jam penerbangan.
Ogawa juga diberitahu bahawa tempat duduk sebelahnya ketika itu juga kosong, dan anak kapal membenarkan Ogawa meletakkan arnabnya pada kerusi.
Foto arnab menaiki pesawat kelas bisnes ini dikongsikan kira-kira dua tahun lalu, namun telah kembali tular baru-baru ini dan rata-rata orang ramai memuji kecomelan arnab tersebut.
Sooo cute!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.