Pandemik COVID-19 dilihat semakin serius di seluruh dunia dan pelbagai usaha dilakukan untuk memutuskan penularan wabak ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan biarpun negara dapat mengawal penularan wabak COVID-19 tetapi rakyat perlu bersedia untuk hidup dengan virus ini.
“Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 akan menjadi endemik.
“Dan untuk itu, kita mesti hidup bersama virus ini,” katanya.
Namun, apakah maksud endemik?
Endemik adalah kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat.
Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar stabil dan juga rendah seperti denggi yang merupakan salah satu penyakit endemik di Malaysia.
Masyarakat perlu ikhtiar dengan adanya vaksinasi, usaha untuk mengadakan perubahan kepada tingkah laku dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan, maka semua individu boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.