Pernahkah anda mendengar tentang sejenis penyakit yang menganggu kesihatan mental orang dewasa, dikenali sebagai “Schizophrenia”?
Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak yang biasa terjadi dalam kalangan mereka yang baru masuk ke alam dewasa.
Secara amnya, terdapat tiga jenis tanda yang membuatkan seseorang itu mengalami Schizophrenia, iaitu:
1. Gangguan Pemikiran
Seseorang yang berada dalam delusi, meletakkan kepercayaan yang kuat tetapi palsu dan tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras.
Contoh: percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya, percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin, hantu atau keramat, percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
2. Gangguan Persepsi
Dikaitkan dengan halusinasi yang membuatkan seseorang itu sering membuat persepsi yang salah.
Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain.
3. Gangguan Tingkah-Laku
Sering menyendiri dan tidak suka untuk berinteraksi dengan masyarakat. Juga sering melakukan perangai yang pelik dan sering juga berubah-ubah.
Ramai juga yang mengaitkan schizophrenia ini sebagai penyakit gila, namun sebenarnya schizophrenia ini boleh dirawat dari peringkat awal.
Pakar psikiatri akan menilai dengan teliti keadaan individu sebelum mencadangkan bentuk rawatan yang sesuai. Antaranya adalah dengan menggunakan ubat-ubatan psikotropik, kaunseling individu, terapi berkelompok, pendidikan kesihatan dan terapi keluarga.
Rujuk Jabatan Psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara bagi membantu anda pulih daripada penyakit ini sebelum ia menjadi lebih parah.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.