Telefon pintar adalah antara barang keperluan harian yang perlu dijaga setiap masa. Kecuaian dalam penjagaan telefon pintar ini boleh mengikabatkan peranti tersebut cepat rosak.
Berikut merupakan perkara-perkara yang sering terjadi pada telefon pintar yang boleh mengganggu prestasi telefon pintar, seterusnya menyebabkan ia menjadi ‘kurang pintar’.
Masalah #1 - Fon Lembap a.k.a Lag
Semakin lama, semakin banyak aplikasi yang kita perlukan dalam telefon pintar untuk pelbagai urusan harian. Apabila aplikasi semakin banyak, telefon pintar perlu berada dalam prestasi yang amat baik dengan pemproses yang power. Apabila telefon pintar berada dalam prestasi yang rendah, ia menyebabkan telefon menjadi lembap!
Penyelesaian #1 :
Untuk mengatasi masalah telefon lag ini, pemproses terkini Kirin980 bersama dual Neural Network Processing Unit (NPU) mampu memberikan prestasi telefon pintar anda setaraf komputer peribadi. Tambah pula lengkap dengan mod PC Projection dan skrin OLED bersaiz 6.4 inci, memang feel macam komputer!
Masalah #2 - Bateri Cepat Habis Dan Lambat Nak Penuh
Telefon pintar masa memang tidak lari daripada masalah bateri. Nak tunggu penuh pun ambil masa yang lama. Lagi teruk, apabila kita terlupa nak cas telefon sebelum ke tempat kerja. Terpaksa pula bawa powerbank.
Penyelesaian #2 :
Bateri dengan saiz sebesar 4200 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan ultra pantas SuperCharge pada tetapan kuasa 40W mampu menyelesaikan masalah bateri ini. Dengan pengecas ini, bateri boleh dicas sehingga 70% dalam masa 30 minit sahaja menerusi USB-C. Tambahan lagi menarik kalau telefon pintar kita boleh cas telefon pintar member lain menerusi Wireless Reverse Charging. Cool kan?
Masalah #3 - Skrin Kecil, Ambil Gambar Ramai-Ramai Pun Tak Muat
Pernah tak anda berada dalam situasi dimana terpaksa bersempit dalam satu gambar semata-mata ingin muatkan semua orang? Terpaksa ambil gambar beberapa keping semata-mata nak abadikan kenangan dalam gambar. Ruginya!
Penyelesaian #3 :
Tiga kamera berbeza, gabungan sensor lensa biasa, lensa ultra lebar dan telefoto adalah penyelesaian terbaik bagi menghasilkan gambar yang terbaik. Lensa kamera ultra lebar LEICA Ultra Wide Angle memberi pengalaman berbeza dalam mengambil gambar iaitu “ambil gambar apa yang anda lihat sepenuhnya”. Tambah pula, AI Potrait Color akan menghasilkan gambar yang superb dengan kehebatan bantuan AI.
Kalau korang mencari sebuah telefon yang ada semua penyelesaian ini, eloklah sekiranya korang dapatkan Huawei Mate20 series. Telefon ni ada semua benda dan boleh membantu anda menyelesaikan masalah-masalah di atas.
Korang nak beli Huawei Mate20 series dengan harga yang menarik? Haaa jangan lupa untuk dapatkan phone ni pada 11.11 ni kerana akan ada jualan online dengan harga yang sangat menarik di shop.huawei.com.
Bukan tu je, bersempena Double Eleven ni juga, korang boleh beli produk-produk Huawei yang lain dengan tawaran istimewa. Yang paling best, korang boleh dapatkan fon yang dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu Mate20 Series terutama sekali Mate20X.
Jadi, kalau korang tak nak terlepas peluang ini, selalu-selalu lah check out Facebook Huawei Mobile MY dan juga website Huawei!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.