Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Ujian Makmal Dapati Antibodi Llama Mampu Hentikan Penularan COVID-19 Dan Variannya

Kajian juga sedang dijalankan terhadap sukarelawan sihat untuk menilai kemampuan sistem imunisasi individu berbeza.
Muhammad Izwan Zainal
25 Aug 2021, 06:00 PM

Baru-baru ini, ujian makmal mendapati antibodi Ilama berkemungkinan besar akan memainkan peranan dunia dalam membanteras koronavirus.

Memetik laporan Reuters, jika ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan sebelum ini.

ujian makmal dapati antibodi llama mampu hentikan penularan covid-19 dan variannya

Menurut Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent, pihaknya memaklumkan antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama “Winter” berjaya mematikan penularan COVID-19 termasuk variannya dalam ujian makmal.

Tambah, Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago, ujian ini menumpukan bagi individu yang mempunyai sistem imunisasi lemah jika dijangkiti virus itu.

“Teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat menambah baik peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem imunisasi lemah, selain merawat individu dijangkiti di hospital.

“Antibodi Ilama yang luar biasa kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, dan kami tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ,” katanya.

ujian makmal dapati antibodi llama mampu hentikan penularan covid-19 dan variannya

Malah, antibodi menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular kepada manusia itu.

Jangkaan para penyelidik untuk ujian klinikal yang sudah dimulakan minggu lalu terhadap sukarelawan sihat akan menunjukkan kesan sama. 

ujian makmal dapati antibodi llama mampu hentikan penularan covid-19 dan variannya

Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, Winter boleh menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.

“Saiznya yang kecil membolehkan ia mencapai sasaran, hingga ke bahagian virus yang sukar diakses antibodi konvensional,” ujarnya.

Ujian ini diteruskan susulan kajian pada 2016 bagi pencarian rawatan COVID-19 mengenai antibodi llama untuk melawan koronavirus SARS dan MERS.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}