Tak ramai yang ada dan percaya kepada deria keenam. Namun ada ketika, deria keenam ini mungkin dapat memberitahu kita sesuatu yang akan terjadi.
Begitulah juga terjadi kepada pemilik anjing dari Taiwan ini apabila anjing perliharaannya dikatakan telah mengoyakkan pasport serta tiket perjalanannya ke Wuhan, China pada awal bulan lalu.
Wanita berkenaan pada awalnya menceritakan, beliau merasa geram dan marah kerana anjingnya bertindak menggigit serta mengoyakkan pasport dan tiket penerbangannya ke Wuhan, China, menyebabkan dia terpaksa membatalkan penerbangan.
Beberapa hari kemudian, wanita berkenaan terkejut dengan berita penyebaran wabak Coronavirus yang telah meragut banyak nyawa.
"Masihkah anda ingat dengan pasport saya? Anjing saya telah melindungi saya. Selepas pasport saya rosak, virus Coronavirus telah merebak ditempat yang saya ingin tuju (Wuhan, China).
Jika difikirkan kembali, rasa sangat terharu. Nasib baik anjing saya membatalkan penerbangan kesana", tulis wanita ini pada satu posting di Facebook.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.