Malam semalam telah berakhir saingan dalam Liga Perdana Inggeris dan menyaksikan pemain Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane muncul pemenang kasut emas sebagai penjaring terbanyak.
Selain itu, apa yang menarik perhatian orang ramai tentang perlawanan Liverpool malam tadi ialah kelibat anak perempuan Mohamed Salah yang melakukan dribble bola daripada tengah padang sehingga menjaringkan gol.
Anak perempuannya yang diberi nama Makka, 5 tahun, itu dilihat membawa bola dari luar kotak penalti menuju kearah gawang gol, sekaligus menunjukkan kehebatannya mengendalikan bola.
Comelnya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.