Satu kisah yang berlaku di utara Brazil di mana Heitor Schiave, 43, sanggup menjadi seperti ibunya Maria, agar ujian memandu lulus.

Dia telah memakai pakaian dan solekan seperti ibunya namun lakoanannya itu gagal dan dikesan.
“Schiave cuba sedaya upaya menyamar menjadi ibunya.
"Dia memakai mekap yang tebal, mengenakan tata rias pada kukunya, memakai blaus bercorak bunga, serta barang kemas,” kata pengajar pemandu, Aline Mendoca kepada BBC.

Dia melakukan perkara tersebut selepas beberapa kali ibunya telah gagal dalam ujian memandu.
“Dia (Schiave) mengaku bukan wanita pada kad identiti, sebaliknya anak kepada Maria.
Bagaimanapun, ibunya langsung tidak tahu akan rancangan tersebut. Pihak berkuasa telah menahan Schiave dan mendakwanya atas kesalahan menyamar serta menyalahgunakan identiti.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.