Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kebanggaan Malaysia! Alvin Wee, Anak Malaysia Pertama Raih Anugerah Berprestij Di Hollywood

Wahh! Malaysia Boleh!
Muhammad Izwan Zainal
23 Mar 2022, 05:25 PM

Kebanggan Malaysia! Alvin Wee meraih kejayaan setelah memenangi trofi Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi menerusi siri animasi Disney, Encanto di Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Malah, Alvin merupakan rakyat Malaysia pertama menerima anugerah di acara terkemuka itu.

kebanggaan malaysia! alvin wee, anak malaysia pertama raih anugerah berprestij di hollywood

Menurut The Borneo Post, dia menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama pasukan Encanto yang cukup terbaik.

“Ia adalah persaingan sangat sengit dan individu bertanding pun dalam kalangan yang terbaik. Jadi, saya tidak mengambilnya mudah (pencalonan peserta lain).

“Kami tahu satu perkara yang kami lakukan adalah kerjasama semangat berpasukan. Saya percaya ia sesuatu yang jarang dapat dilakukan,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap kejayaannya mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai bakat-bakat muda.

"Saya mahu setiap orang terutamanya mereka yang bermula dalam industri kreatif dan mungkin mempunyai akses terhad kepada sumber dan teknologi, tahu bahawa ada laluan ke arah masa depan dan mereka semua harus terus berjalan," katanya.

kebanggaan malaysia! alvin wee, anak malaysia pertama raih anugerah berprestij di hollywood

Malah, anugerah CAS mengiktiraf runut bunyi terbaik yang dihasilkan dalam filem dan televisyen.

Alvin mempunyai latar belakang dalam pengadunan latar muzik selepas menamatkan pengajian dalam jurusan program muzik di sebuah universiti di Boston, Amerika Syarikat (AS).

Peluang dalam kejayaannya menjadi pembantu penerbit dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Bruno Mars, Katy Perry, Rihanna dan Beyonce.

Hasil sentuhannya termasuk filem seperti Kingsman 2: The Golden Circle, Kung Fu Panda 3, The Zookeeper's Wife, 13 Hours: The Soldiers of Benghazi dan Eddie the Eagle.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}