Seorang pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab) Terengganu Fakhirah Khairuddin mencipta sejarah apabila mendapat peluang berkhidmat di syarikat gergasi Amerika Syarikat, Tesla.
Menurut Naib Presiden Kumpulan Aerodyne, Richard Ker, Fakhirah sudah mula bertugas sejak Julai lalu dan kini menetap di Fremont, California.
Fakhirah juga berperanan sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di Tesla dengan mengajar tentang robotik FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.
Difahamkan, kariernya bermula sebaik sahaja Fakhirah menamatkan pengajian di MRSM sehingga melanjutkan pelajaran di Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego.
Selepas itu, dia mendapat tajaan daripada pihak universiti untuk mengambil Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California (UC), San Diego.
Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California yang bertanggungjawab menulis kod Matlab untuk mengkaji konduksi haba enjin roket.
Malah, Fakhirah juga pernah menjadi ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.
Untuk rekod, Tesla merupakan syarikat di tempat pertama dalam carta syarikat paling menarik untuk memulakan kerjaya bagi pelajar di AS.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.