Seorang tukang gunting rambut Taiwan berpakat bersama ibu seorang remaja untuk menunaikan permintaan wanita tersebut.
Ibu dan anak lelakinya yang masih remaja datang ke kedai gunting rambut dan wanita itu menyuruh tukang gunting rambut memotong separa botak.
Tindakan ini dilakukan ibunya kerana anak lelakinya ini sering keluar rumah biarpun sudah beberapa kali berpesan untuk duduk di rumah akibat lonjakan kes di Taiwan ketika ini.
Tukang gunting rambut itu hanya melakukan sahaja permintaan wanita itu dan sebaik sahaja selesai, anak lelakinya terus menangis teresak-esak apabila rambut dipotong separa botak.
Budak lelaki itu menyesal tidak mendengar nasihat ibunya dan berhasrat untuk tidak keluar rumah kerana malu akan gaya rambut barunya.
“Saya tidak mahu keluar lagi,” kata anak lelakinya.
Sumber: Era News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.