Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Anak Kena Buli 10 Pelajar Senior, Bapa Kecewa Pihak Sekolah Tak Ambil Tindakan Setelah Banyak Kali Aduan Dibuat

Mangsa kena tumbuk, sepak pelajar senior!
Muhammad Izwan Zainal
20 May 2022, 07:15 PM

Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya didakwa dibuli rakan sekolahnya.

Bapa kepada mangsa tersebut mahu pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci terhadap kejadian buli yang difahamkan berlaku sejak 2019 ketika anak sulungnya itu bersekolah dalam Tingkatan Satu.

anak kena buli 10 pelajar senior, bapa kecewa pihak sekolah tak ambil tindakan setelah banyak kali aduan dibuat

"Pada 2019, dua kali saya ke sekolah untuk membuat aduan dan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, termasuk guru besar dan guru disiplin berhubung kejadian buli ke atas anak saya.

"Anak saya juga ada memberitahu seorang daripada pembuli turut mengancam mahu menikamnya dengan pisau dan kejadian itu hanya saya ketahui baru-baru ini selepas anak saya membuka mulut mengenai kejadian itu," katanya.

Malah, anak lelakinya membuka mulut apabila kejadian buli semakin teruk apabila sesi persekolahan bermula selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

"Kejadian buli paling kritikal berlaku pada 11 Mei lalu ketika anak saya dalam sesi kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolah, kira-kira jam 9.40 pagi.

"Pada mulanya dia dipanggil seorang pelajar yang kemudian menyuruhnya berjumpa dua pelajar di tengah padang kononnya mahu membincangkan sesuatu dan apabila ke tengah padang, anak saya dikepung kira-kira 10 pelajar.

"Seorang daripada mereka menolak anak saya sebelum mukanya ditumbuk seorang pelajar lain," katanya.

Tambahnya, pembuli juga didakwa menumbuk muka anaknya manakala kepala dan beberapa bahagian tubuh dipijak dan ditendang sehingga mengakibatkan kecederaan luaran dan otot.

"Beberapa guru yang melihat kejadian itu berjaya meleraikan insiden berkenaan dan anak saya diarahkan masuk ke Bilik Pengetua untuk membuat aduan.

"Pengetua kemudian menghubungi dan saya hadir ke sekolah sebelum membawa anak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan," ujarnya lagi.

Bapa mangsa tersebut kecewa apabila pihak sekolah tidak membuat sebarang tindakan biarpun dia sudah mebuat aduan beberapa kali.

"Kejadian buli ini bukan saja berlaku kepada anak saya, malah beberapa pelajar lain dan pelajar yang suka membuli ini didalangi kira-kira 10 orang diketuai beberapa pelajar senior.

"Kumpulan ini dipercayai merekrut pelajar junior untuk menyertai mereka, sebab itu kejadian ini berlarutan hingga anak saya yang kini berada di Tingkatan Empat masih dibuli oleh kumpulan sama," katanya.

Susulan itu, lelaki terbabit akan memfailkan saman terhadap pengetua sekolah dan guru disiplin kerana didakwa cuai dan tidak menjalankan tugas mengikut prosedur Kementerian Pendidikan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, beliau mengesahkan menerima laporan kejadian dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kita akan memanggil semua pihak yang terbabit termasuk pihak sekolah, mangsa serta saksi kejadian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat," katanya.

Sumber: Berita Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}