Seorang lelaki bertindak membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian sebelum ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
"Siasatan yang dijalankan menemukan 15 keratan bahagian tubuh mayat yang telah dipotong.
"Susulan itu, tangkapan dilakukan terhadap anak lelaki mangsa berusia 42 tahun," katanya.
Tambahnya, mangsa berusia 68 tahun sudah tinggal berdua bersama suspek sejak 12 tahun lalu di rumah tersebut.
"Hasil siasatan awal, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.
"Polis merampas sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu," ujarnya.
Susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.