Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda Muslim di New York pada Jumaat lalu.
Perkahwinan anaknya Jennifer, 25, bersama pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30, diadakan dengan [enuh serba mewah mengikut cara Islam.
Majlis itu diadakan di ladang kuda milik anak perempuan Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York manakala majlis perkahwinan besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu.
Malah, majlis perkahwinan mereka menelan belanja hampir RM8 juta dan disambut dengan 300 orang tetamu dan keluarga.
Tambahnya, majlis makan tengah hari juga diadakan di sebuah restoran pada Ahad dan dihadiri kedua ibu bapa Jennifer.
Gates dan bekas isterinya, Melinda dilihat berkongsi gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di laman Instagram masing-masing.
Sumber: Hype
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.