Selepas bercuti panjang sejak perayaan Hari Natal minggu lalu, orang ramai dijangka mengambil peluang untuk kembali ke ibu kota selewat-lewatnya Ahad ini, 3 Januari 2021.
Ekoran daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pertambahan aliran trafik selepas mengambil kira tarikh akhir orang ramai untuk kembali bertugas selepas cuti panjang.
“Aliran (trafik) ketika ini adalah lancar dan tiada halangan (terkawal).
“Kami menjangkakan pertambahan aliran pada 3 Jan ini dengan mengambil kira tarikh terakhir untuk kembali bertugas selepas cuti panjang,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain kepada Bernama.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), memandu secara berhemah, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, tidak berada dibawah pengaruh alkohol atau apa-apa bahan terlarang, serta berhentilah untuk berehat sekiranya mengantuk.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.