Tiga orang anggota polis di Uttar Pradesh, India terkejut apabila melihat sendiri satu alat senaman di sebuah gim terbuka bergerak dengan sendirinya.
Menerusi satu rakaman yang dimuatnaik dilaman sosial, alat senaman itu dirakam bergerak dengan sendirinya sehingga menarik perhatian selebriti Bollywood, Vivek Oberoi.
Bagaimanapun, ada yang merasa kurang senang dengan penularan video berkenaan yang dianggap sengaja memburukkan reputasi gim tersebut.
Malah hasil siasatan mendapati terdapat kesan minyak pada alat tersebut yang terus menyebabkannya bergerak sendiri dalam satu jangka masa pendek.
Ia sekaligus menepis dakwaan mistik dan disifatkan sebagai perbuatan prank sahaja.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.