Jika anda perasan, apabila lipas sudah hampir mati, lipas akan menerbalikkan badannya sendiri dan akan mati dalam keadaan demikian.
Kenapa ye?
Jawapan:
Apabila lipas terhidu bau racun serangga perosak, sistem sarafnya akan terkesan dan menyebabkan kekejangan otot, seterusnya menyebabkan lipas akan menerbalikkan badan mereka.
Selepas lipas terbalik, amat sukar untuk lipas membetulkan badan mereka dalam keadaan asal, seterusnya menyebabkan mereka mati begitu sahaja.
Tambahan lagi, lipas amat tidak suka pada jubin atau lantai yang licin kerana ia menyukarkan mereka untuk membetulkan badan dalam keadaan terbalik.
Rujukan:
Cockroaches – University of Minnesota Extension
He Motor Mechanism Of The Insect Leg – Journal of Experimental Biology
The News & Observer
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.