Selepas sekian lama tidak menerima pengunjung, seorang penjaga akuarium di Jepun mula mendapati spesis belut jenis grass eel mula menunjukkan tanda kemurungan.
Disebabkan itu, akuarium Sumida, Tokyo meminta orang ramai berinteraksi dengan belut berkenaan menerusi panggilan video FaceTime.
Lima buah iPad diletakkan di luar tangki bagi memudahkan orang ramai melihat ke dalam ruang habitat buatan spesis berkenaan.
Biasanya belut-belut kecil ini akan muncul dari permukaan tanah akuarium dan akan menggoyangkan tubuh badannya ketika diperhatikan manusia.
Namun, selepas sekian lama tidak mempunyai pengunjung, kira-kira 300 ekor belut itu mula menunjukkan perubahan menjadi 'murung'. Ada juga belut yang menjadi takut dengan manusia.
Akhirnya selepas berpeluang membuat panggilan FaceTime pada Ahad lalu, kesemua belut itu menampilkan diri secara beransur-ansur dan tidak lagi murung seperti sebelumnya.
Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, ada haiwan yang mula keluar dari sarangnya dan memenuhi jalanan, namun ada juga haiwan yang mahu interaksi dengan manusia, sama seperti belut-belut ini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.