Debaran rakyat Malaysia yang menumpukan terhadap situasi politik negara beralih apabila melihat video aksi ‘si comel’ dibelai anggota polis di Istana Negara.
Ia susulan selepas tempoh penyerahan akuan bersumpah (SD) sokongan terhadap calon Perdana Menteri baharu yang tamat pada jam 4 petang pada Rabu.
Tumpuan warganet tertarik apabila aksi seekor kucing manja dibelai anggota polis yang mengawal di Pintu 2, Istana Negara.
Video berdurasi 64 saat itu disiarkan di media sosial Astro AWANI dan dikongsikan di akaun Facebook, Polis Diraja Malaysia dan memperoleh lebih 225,000 ribu tontonan.
Pelbagai reaksi yang diluahkan warganet apabila melihat haiwan itu mesra dan manja dengan anggota polis itu dan dilihat begitu comel.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.